Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 24 August 2011

personaliti sebalik warna..

Setiap individu mempunyai warna-warna tertentu sebagai kegemaran terutama dalam pemilihan sepanjang kehidupan seperti warna pakaian,kereta,rumah & sebagainya...Tapi tahukah korang bahawa setiap warna ini sebenarnya mencerminkan personaliti & membawa makna-makna tertentu???Di bawah ini terdapat beberapa warna asas yang selalu digemari oleh setiap orang.


BIRU
Jika korang menyukai warna biru, korang tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Korang selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana korang cenderung menyembunyikan perasaan.Namun  setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.





MERAH
Korang seseorang yang sangat berwibawa. Happy-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai pendirian sendiri.Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi korang dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi korang selalu berfikir dan berfikir lagi. Korang termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.




HIJAU
Warna kesukaan korang hijau, maka korang tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Korang adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta korang mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. 





KUNING
Kesukaan korang warna kuning menandakan bahawa korang memiliki sifat optimis.Korang seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri korang,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi diri korang. Korang merupakan  orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.




UNGU
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran korang,maka korang adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan korang tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan korang adalah yang terbaik. Korang pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih korang. Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi. 




PUTIH
Jika korang menyukai warna putih, maka korang adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi korang kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral korang yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan korang.Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.




HITAM
Korang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika korang berada di lingkungan yang tidak disukai, maka korang akan menjadi murung. Korang selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta korang.Namun ada kalanya suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.


Thanks for lend your sweet eyes..

No comments:

Post a Comment